Wednesday, January 7, 2015

Perjalanan Hidup Seorang Raisya

Perjalanan Hidup Seorang Raisya.

2 Disember 2014.

            Petang Ahad itu dirasakan sangat berbeza bagi Dr.Raisya binti Haji Nordin. Kerja di Hospital Tengku Ampuan Afzan , Kuantan telah pun selesai. Badannya berasa sedikit penat dan letih dek pesakit yang tidak putus-putus masuk sejak subuh tadi. Itu memang lumrah. Malam Sabtu dan Ahad memang bahagian zon merah ‘Accident & Emergency’ seolah-olah sesak. Apa tidaknya, memang waktu sebegitulah ‘mat rempit’ ni beraksi. Tersalah sasar beraksi di jalan raya, ke hospital lah jawabnya.  Dr. Raisya hanya mampu tersenyum sendiri bila pesakit-pesakit ini diusung masuk. Tugasnya sebagai seorang doktor untuk memberikan rawatan yang terbaik kepada semua pesakitnya. Biarpun yang masuk itu seorang penagih dadah dan gangster sekalipun. Itu janjinya.

            Seusai solat Asar, Dr. Raisya turun daripada surau. Perutnya berbunyi, Mungkin sebab belum terisi dengan makanan sejak pagi tadi. Dr. Raisya turun ke kantin yang terletak di sebelah surau. Dr. Raisya memesan roti canai telur dengan secawan kopi. Ringkas sahaja makanan yang dipesan oleh Dr. Raisya. Dia hanya mahu mengisi perut sebelum pulang ke rumahnya. Dia tahu benar yang ibunya pasti telah menyediakan makan malam untuknya. Profesionnya sebagai seorang doktor tidak memungkinkan dia mempunyai banyak masa lapang. Jadi, dia perlu menghargai setiap masa dan peluang yang ada untuk dia bersama keluarganya walaupun dengan hanya duduk makan malam bersama.

“Kak Raisya, maaf lah kak, Na lambat hantar air.” Kata Syazana atau lebih mesra dengan panggilan Mek Na, seorang gadis berasal daripada Kelantan yang bekerja sebagai tukang buat air di kantin tersebut. Mek Na sangat rapat dengan Dr.Raisya. Sejak dia mula bekerja sebagai ‘houseman’ di situ lagi. Mek Na sudah masak benar dengan permintaan Dr. Raisya. 
Air kopi susu panas ditambah 2 sudu teh gula dan sedikit serbuk kayu manis. ‘ Perfect!’

“Oh, takpe la Mek Na. Akak ok sahaja. Awak apa khabar, lama tak nampak.” Balas Dr. Raisya bersahaja.
“Sihat Alhamdulillah, ada je kak, tapi mungkin sebab selalu keluar pergi kelas memandu, jadi itu yang jarang ada kat kantin.” Jelas Mek Na.
“MasyaAllah, betul ke ni? Alhamdulillah, awak dah tak takut lagi nak ambil lesen. Punya lah lama bertangguh sebab takut nak bawak kereta.” Usik Dr.Raisya.
“Itulah kak, saya nak ucap terima kasih sebab banyak bagi sokongan pada saya. Kalau bukan sebab akak yang selalu bagi dorongan, sampai bila-bila agaknya saya takkan berani nak atasi rasa takut tu. Saya kasihan tengok mak, dia pun dah tak larat nak bawak van pagi-pagi ke pasar borong beli barang.” Semangat Mek Na memberi penjelasan kepada Dr. Raisya.
“Alhamdulillah, baguslah tu. Moga Allah permudahkan niat baik awak tu” Ujar Dr. Raisya penuh bangga dengan tindakan Mek Na.
“Ok  kak Raisya, akak minumlah ya. Na nak siapkan kerja lain kat belakang tu.” Pinta Mek Na sambil berlalu pergi.
“Baiklah, terima kasih dan tahniah ya Na.” kata Dr. Raisya.

            Diteguknya air kopi susu panas yang dipesannya itu dengan penuh tertib. Tenang dan sungguh menyamankan. Tidak semena-mena fikirannya melilau. Dr. Raisya teringat semula akan kesukaannya setiap pagi minggu di Moscow iaitu duduk di tepi tingkap biliknya sambil menikmati kopi panas dan roti keju. Dia teringat lagi akan rakan baiknya Balqis yang banyak membantunya menjadi lebih baik daripada semalam. Seorang individu yang dia takkan lupa sampai bila-bila dalam lipatan hidupnya. Balqis, ibarat sebutir permata yang sangat bermakna dalam hidupnya. Tidak semena-mena air mata berderai jatuh membasahi pipinya.

5 Disember 2011.

            Kelihatan dua orang siswi berlari-lari mengejar tren yang baru sahaja sampai di Stesen Metro Novogrevo. Hampir sahaja salah seorang daripada mereka nak terjatuh ketika itu, namun usaha mereka berhasil. Sempat.
“ Alaaaaa Qis, tak dapat tempat duduk.” Keluh hati kecil Raisya pada Balqis bila melihat semua kerusi di dalam tren telah penuh.
            Raisya dan Balqis merupakan pelajar perubatan tahun akhir di Russian National Research Medical University, Moscow,Rusia. Raisya kelihatan seakan penat sedikit hari ini. Ditambah pula dengan tiada kerusi kosong untuk dia duduk. Kelas hari ini dirasakannya begitu jauh sampai ke hujung dunia. Takdir Raisya, tercampak jauh ke bumi Rusia. Untuk tujuan apa, hanya Allah yang tahu. Selalu sangat Raisya merungut tentang nasibnya yang satu ini. Berlainan dengan Balqis yang sentiasa bersemangat dan optimistik dalam apa sahaja yang dia lakukan.
            40 minit yang akan datang tanpa dapat tempat duduk pastinya begitu membosankan. Statik mereka berdua di hujung sudut tren metro.
“Stesen berikutnya, Leninsky Prospekt.”
“Baru sampai stesen ni ke Qis?” Keluh Raisya.
“Sabarlah, sekejap lagi sampai. Awak,kalau saya nak tanya sikit boleh? Soal Balqis.
“Kalau awak diberikan peluang untuk memerintah sebuah negara, apa perkara pertama yang awak nak buat kat negara tu?” soal Balqis pada Raisya.
“Err, soalan apa ni Qis? Hmmm, kalau saya….kalau saya ada peluang, saya nak pastikan yang undang-undang negara digubal dengan adil dan saksama. Bila undang-undang negara telah digubal dengan adil jadi rakyat pun akan hidup harmoni. Saya nak pastikan keamanan negara terjamin.” Jawab Raisya dalam nada yang bersahaja.
 “Kalau saya, saya nak utamakan pada sistem pendidikan. Kalau boleh, tak mahu lah semua orang tak pandai dalam satu kelas yang semuanya tak pandai. Sampai bila-bila lah pelajar tu nak maju, sebab ‘circle of friend’ yang dia nampak dan bergaul hari-hari ialah orang yang sama, yakni yang sama tak pandai.” Jawab Balqis dengan jayanya.
“Wah, nampak menarik. Lagi?” Raisya seolah-olah teruja dengan apa yang baru diperkatakan oleh Balqis sebentar tadi.
“Lagi? Saya nak pastikan sistem ekonomi negara kukuh, telus dan bebas rasuah. Saya percaya yang kalau kita betul-betul berpegang pada sistem ekonomi Islam yang sebenar, impian untuk melihat kadar kemiskinan sifar dalam masyarakat tidak menjadi suatu yang mustahil untuk direalisasikan.”Tambah Balqis lagi.
 “Mantap sungguh Senator Dr. Raisya kita ni berkempen.” Usik Raisya.
“Apa salahnya kan. Kata orang, kalau bermimpi tu biar sampai ke bulan. Kalau tak dapat bulan, langit pun jadilah. Haha.” Seloroh Balqis memecahkan kelesuan mereka petang itu.

11 Disember 2011

            Roti keju yang masih panas itu dimakannya dengan penuh berhati-hati. Diselang-seli dengan menghirup air kopi panas kesukaannya sambil bersandar di atas kerusi empuk pemberian seniornya yang tersayang, Kak Ju. Sungguh nyaman rasa hari minggunya itu. Sekali-sekala pandangannya dihalakan ke luar tingkap. Dari jauh Raisya melihat hutan yang dahulunya merimbun kehijauan kini bertukar putih diselaputi salji. -12 C suhu pagi itu. Tanpa disedari, di wajahnya terukir sebuah senyuman yang menggembirakan.  Bagi dirinya itu sudah cukup menggembirakan hatinya bila dapat melayan kehendak dirinya sendiri. Pandangannya masih lagi dihalakan ke luar tingkap.  Sekilas Raisya melihat seorang nenek tua yang sangat tidak bermaya berjalan bersama seorang cucunya meredah timbunan salji yang makin menebal. Gaya mereka seperti ‘homeless’. Senyap. Sepi. Dingin.

            Tidak lama selepas itu, terdengar bunyi di stor rumah mereka. Raisya yakin, bahawa hanya dia sahaja yang berada di rumah pagi itu. Raisya keluar daripada biliknya untuk mengenalpasti bunyi tersebut. Gerak langkah diatur kemas sekali agar tidak mengejutkan siapa pun makhluk yang berada di dalam stor itu. Di tangannya, Raisya memegang payung hitam sebagai langkah berjaga-jaga. Belum pun sempat Raisya sempat membuka pintu stor…
“Allahu Akbar, Raisya, terkejut saya! Apa yang awak buat dengan payung luar stor ni?” separuh jerit Balqis dibuatnya.
“Laaaa, awak ke Qis? Saya ingat pencuri tadi. Hehe. Bila awak balik, saya tak perasan pun?” Kata Raisya.
“Awak dalam bilik kot masa saya balik tadi. Maaf Raisya, saya kena keluar sekejap ni.” Jawab Balqis sambil tergesa-gesa keluar rumah. Terlihat di tangannya ada 2 bungkusan plastik besar.

            Raisya membiarkan sahabat baiknya itu berlalu pergi tanpa banyak soal. Balqis ialah sahabat baiknya sejak di sekolah menengah lagi. Persahabatan yang hampir  sedekad lamanya itu membuatkan Balqis punya tempat istimewa di hati Raisya. Balqis ialah sosok manusia yang tidak pernah kenal erti putus asa, peramah dengan semua orang, optimis, dan sangat rajin berusaha. Bukan itu sahaja, Balqis ialah naqibah kepada Raisya. Gembira tidak terkata bila mengetahui yang Balqis ialah naqibahya yang baru. Baginya, tidak menjadi satu masalah, malah mudah untuk Raisya mengadukan masalahnya kelak.
             Kembali semula dia ke posisi yang asal tadi bersama air kopi yang masih lagi panas. Tiada apa yang berubah, cuma satu benda yang pelik, Dari jauh, Raisya melihat Balqis sedang memberikan 2 bungkusan plastik yang dibawa keluar daripada rumah mereka tadi. Sedikit hairan dengan pelakuan Balqis. Kenapa Balqis berikan kepada mereka? Ada apa dalam plastik  tersebut? Raisya hanya menyimpan pertanyaannya itu dahulu sampai Balqis pulang semula ke rumah. Dia mahu tahu atas alasan apa Balqis memberikan mereka bungkusan-bungkusan itu.

“Assalamualaikum.” Balqis sudah pun pulang.
“Waalaikumussalam.” Sahut Raisya yang berlari-lari anak mendapatkan Balqis.
“Balqis, apa yang awak bagi pada nenek di bawah tadi?’’ Tanya Raisya ringkas.
“Oh, saya tengok mereka tiada baju yang tebal. Kasihan sangat saya tengok, jadi saya bagi lah  mafla, selimut dan baju-baju tebal yang kita dah tak guna lagi. Saya rasa daripada tiada siapa yang guna, lebih baik sedekahkan pada mereka. Saya teringatkan adik-adik, kakak-kakak, makcik-makcik dan warga tua yang kesejukan di Syria. Tak mampu nak ke sana, bantu mereka yang berada di sini pun sudah cukup.” Balas Raisya dengan jawapan yang diluar jangkauan Raisya.
“Saya tak faham la awak ni, kenapa kita nak sibuk-sibuk bantu orang yang tak perlu dibantu. Dia tak mintak awak tolong dia pun. Takde pula dia datang ketuk pintu minta sedekah ke, makanan ke, baju tebal ke.” Persoalan Raisya makin menjadi-jadi.
“Raisya, erti hidup pada yang memberi.” Balas Balqis ringkas.
“Erti hidup pada yang memberi?” Raisya tidak mengerti maksud ayat yang baru didengarinya sebentar tadi.
Balqis hanya tersenyum.
“Tak mengapa, insyaAllah nanti saya terangkan pada awak.” Balqis sudah terlewat untuk berjumpa Sofiah, seorang pelajar tahun pertama yang baru sahaja tiba di Moscow minggu lepas.. Balqis sudah berjanji untuk menemani Sofiah ke IKEA untuk membeli barang-barang keperluan rumah barunya. Pertanyaan Raisya perlu ditunda dahulu.
“Ok, baiklah. Saya pegang janji awak.” Kata Raisya.
“Balqis ni tak pernah ada masa lapang. Kalau ada pun, mesti  itu pun tengah buat kerja juga. Macam tak ada ‘life’ je aku tengok si Balqis ni. Kejap jumpa orang tu, kejap pergi ziarah adik ni. Lepas itu pulak, usrah lagi, mesyuarat persatuan lagi. Malam pula ada ‘study circle’. Kalau aku jadi si Balqis ni, mahu jadi gila aku dibuatnya. Tak boleh hidup kot!’’ Bisik Raisya sendirian.

7 Disember 2014

            Genap dua tahun arwah Balqis pergi meninggalkan Raisya dan seisinya. Tidak pernah Raisya tahu penyakit apa yang menimpa kawan baiknya itu sehinggalah ibu Balqis sendiri yang menghubungi Raisya dan memberitahu khabar sedih itu. Balqis mengidap kanser otak tahap akhir ketika itu.  Gelap seketika dunia Raisya ketika itu. Patutlah semua panggilan dan mesej-mesejnya selama ini tidak berbalas. ‘Facebook’ dan ‘twitter’ nya pun tidak aktif. Semenjak balik daripada Moscow hujung Julai 2011 yang lalu, mereka seakan-akan terputus hubungan. Raisya pula terlalu sibuk dengan urusan peribadinya yang tidak pernah selesai.
“Balqis…” tidak semena-mena air mata Raisya jatuh berguguran.

            Malam itu, Raisya sangat rindu kepada sahabat baiknya itu. Kotak bersaiz sederhana yang diberikan oleh Balqis sebelum Raisya pulang ke tanah air dipegang dan dibukanya perlahan. Remuk dan rasa kecewa pada dirinya yang dahulu berpadu menjadi satu kerana Raisya tidak pernah langsung membuka kotak itu semenjak dia sampai ke Malaysia. Kalau lah dia buka lebih awal kotak itu dulu, mesti sempat untuk dia melakukan sesuatu untuk sahabatnya itu. Di dalam kotak itu tersimpan semua barang-barang milik Balqis termasuklah sebuah mushaf Al-Quran kesukaannya dan diari. Raisya mengambil diari Balqis yang tersimpan di dalam kotak tersebut. Diari itulah yang membuatkan Raisya yang dahulunya berjiwa dingin, kini menjadi Raisya yang berjiwa besar dan lebih memaknakan hidup. Dibukanya helaian demi helaian diari itu dan pandangannya statik di halaman yang terakhir. Halaman yang membuatkan Raisya berubah menjadi Raisya yang baru.

Erti hidup pada yang memberi.
Masa jadi singkat
Makin jauh meninggalkanku.
Masih adakah bait cinta Allah buatku
Aku belum tahu
Hidup ini ada tujuannya
Hati itu juga ada fungsinya
Tiada guna ilmu tinggi tapi tiada hati
Bila dunia luar kau lupakan, kau tolak tepi
Kau tutup semua ruang sudut hidup
Aku tak pasti bagaimana kau bahagiakan diri sendiri
Kau pasti kau bahagia bila lihat orang lain menderita
Keluarlah! Cari hidup bahagia kau pada dia
Pada dia yang tak punya sesiapa
Pada dia yang kurang duit seringgit dua
Pada dia yang sakit sudah tiga hari masih belum kebah
Pada dia yang lemah tak berdaya entah kenapa.
Pada dia.
Sebab kau takkan boleh bahagia sendiri
Selamanya.
p/s : Raisya, saya minta maaf kalau sampai saat ini saya masih lagi belum mampu menerangkan jawapan yang sebaiknya pada awak. Bukan tak mampu, cuma takut awak terluka. Raisya, saya sayang awak kerana Allah. Moga-moga ada pertemuan kita di syurga sana, insyaAllah. Ingat saya dalam doa awak.
– Qis –

            Kini Dr.Raisya faham benar apa yang Balqis mahu daripadanya. Balqis mahu Dr.Raisya melihat semuanya yang terjadi dengan mata hati. Merasai dan memaknakan hidup dengan membahagiakan orang di sekelilingnya. Meneruskan kehidupan dengan mengetahui tujuan kenapa diciptakan. Semuanya telah jelas kini buat dirinya. Tiada lagi Raisya yang mementingkan diri sendiri dan tidak mempedulikan orang lain. Kalau lah dia sedar akan hakikat ini ketika di universiti dahulu, mesti dia boleh bantu Balqis melaksanakan misinya bersama-sama. Dia tahu, kalau Balqis masih hidup tentu dia akan istiqamah dengan jalan hidupnya dulu. Teringat  akan perbualan bersama Balqis ketika dalam tren mengenai pemerintahan negara yang mereka idamkan. Balqis mahukan sebuah negara yang mengutamakan nilai pendidikan dan kebajikan rakyat. Besarnya harapan dan impian Balqis dahulu. Kini Raisya tekad untuk meneruskan perjuangan Balqis. Masa lapang Dr.Raisya kini lebih tertumpu pada keluarga, aktiviti-aktiviti bersama alumni sekolah lamanya dahulu untuk membantu adik-adik di sekolah, menjadi aktivis untuk mengutip derma Palestin dan Syria di samping menjalankan ‘street dakwah’ dan menjadi sukarelawan bagi program ‘Doktor Masuk Kampung’ anjuran hospital tempat kerjanya itu. Tarbiyah diri juga Dr.Raisya ambil berat. Teringat pesan arwah Balqis dahulu.
“Nanti bila dah jadi doktor, nak pergi usrah pun takde masa. Itupun, datang usrah tengok-tengok usrah dah habis. Tapi ,apabila yang diniatkan mengatasi segalanya, insyaAllah Allah akan berikan ganjaran kebaikan yang setimpal dengan apa yang kita niatkan. Perbaharui niat sentiasa.”

            Pada permulaannya Dr.Raisya sedikit penat namun membahagiakan. Bagi Dr.Raisya itulah kebahagiaan yang dicarinya selama ini.  Walaupun masa lapangnya kini tidak sebanyak semasa dia di Moscow dahulu tapi dia tetap bersyukur. Bersyukur kerana masih diberi peluang untuk mengubah sesuatu dalam hidupnya. Moga-moga diberkati segala apa yang Dr.Raisya lakukan untuk dirinya dan juga untuk orang lain.
“Alhamdulillah, Ya Rabb.”
-------------------------------------------------------------------
           
            Ragam mahasiswa sekarang. Hidup bagai roda, yang mana secara umumnya, bangun tidur, bersiap ke kelas, belajar, balik ke rumah semula, makan, buat kerja rumah dan diakhiri dengan tidur. Aktiviti yang diulang dan diulang hampir saban hari. Cita-cita untuk mendapat segulung ijazah dan bawa pulang ke Malaysia. Benarkah itu yang dicita ,apabila apa yang diharapkan sebenarnya ialah lebih daripada itu ?

            Kita mahukan seorang siswa yang berjiwa besar seperti Balqis. Bukanlah mahu mencorakkan semua siswa seperti itu, namun punya semangat yang seumpamanya. Jarang kita lihat anak muda sekarang yang punya jiwa yang menghidupkan. Jiwa yang mampu memberi inspirasi dan kekuatan kepada orang di sekelilingnya.

             “Erti hidup pada yang memberi.”
            Rasanya semua kenal dengan kata-kata Ustaz Hasrizal ini kan?Kata-kata yang menjadi tulang belakang kepada perubahan Dr.Raisya.  Kita hidup bukan untuk diri kita. Pandang orang sekeliling dan di situlah kehidupan kita sebenarnya. Situasi mana yang lagi menggembirakan kita? Mengajarkan kawan tentang topik ‘hypertension’, atau diajar tentang ‘hypertension’? Kedua-duanya punya nilai bahagia yang tersendiri. Namun, kalau kita perhalusi lagi sudah tentu, nikmat yang sangat menggembirakan ialah bila kita mengajar berbanding diajar. Percaya atau tidak, anda rasalah sendiri!
Diriwayatkan dari Jabir berkata,”Rasulullah saw bersabda,’Orang beriman itu bersikap ramah dan tidak ada kebaikan bagi seorang yang tidak bersikap ramah. Dan sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi manusia.”
 (HR. Thabrani dan Daruquthni)
           
            “Keluar daripada tempurung kaca.”
            Kenapa kaca? Bukan sepatutnya tempurung itu sifatnya gelap,keras,tak nampak bahagian luar. Teringat lagi, masa Dr. Harlina Haliza Siraj memberikan kata-kata ni dahulu dalam satu program motivasi. Tempurung kaca ni sebenarnya lagi teruk daripada tempurung kelapa yang selalu kita dengar dalam peribahasa ‘seperti katak di bawah tempurung’. Nak tahu kenapa? Sebab, kita tahu dan sedia maklum dengan apa yang berlaku di dunia luar, tetapi oleh kerana kita malas, statik, punya sikap tak nak ambil tahu, rasa macam tak penting, buat kita tak nak keluar daripada zon selesa kita. Kita nampak kejayaan yang besar berada di luar, tapi kita berdegil dengan kehidupan sekarang. Bilik yang selesa, katil yang empuk, internet yang laju, udara yang nyaman buat kita tak fikir dua tiga kali untuk memperbaiki nilai kehidupan kita. Muhasabah diri, kalau rasa kita dah cukup ada semua benda dalam hidup. Manusia ini sifatnya lemah, takkan pernah sempurna.

Firman Allah SWT  dalam Surah Ar-Ra’d :11
“Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.”

“Kebatilan yang tersusun dapat mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun.”
            Kata-kata penuh semangat dan hikmah daripada Saidina Ali r.a. Ada benarnya tentang apa yang diperkatakan oleh menantu kesayangan Rasulullah SAW ini. Orang muda kurang dalam menyusun prioriti dalam kehidupan mereka seharian. Masa banyak dihabiskan dengan perkara yang kurang bermanfaat. Sedangkan tanggungjawab kita lagi banyak daripada masa yang kita ada. Bagaimana mungkin kita menjadi seorang pekerja yang tinggi ‘attitude’ di Malaysia kalau di sini sahaja kita gagal melakukannya. Rancanglah prioriti hidup seawal mungkin supaya kita lebih bersedia pada masa hadapan. Soalan seperti, ‘di mana saya 5 tahun daripada sekarang?’ tiada salahnya untuk kita jawab. Hidup kita, kita sendirilah yang mencorakkannya.

            Konklusinya,mahasiswa yang mampu menjadi inspirasi dan aspirasi kepada orang lain bahkan juga kepada negara bukannya lahir daripada orang lain, tetapi daripada diri kita sendiri. Kita sendiri yang pegang kunci untuk berjaya. Tapi kalau setakat pegang dan tidak mahu membuka pintu peluang kepada diri sendiri, pun tiada gunanya. Mudahnya,buangkan sahaja kunci itu dan buatlah semahumu. Titik.











Sunday, March 24, 2013

Lintasan Hati

assalamualaikum wbt :)

Akhirnya, berpeluang untuk menulis sedikit tinta buat diri ini dan juga pada diri yang sedang membaca :)

Sedikit busy sejak mula dengan semester baru ni, tak mengapa, busy yang baik untuk masa depan insyaAllah.

Sejak berada di Moscow ni, hampir 4 tahun insyaAllah sentiasa diajar utk berbaik sangka dengan semua benda, ya, semua. tak kira la dengan org tempatan ke, salji yang seakan-akan tiada penghujung, diri sendiri ke, apa2 je la..termasuklah kena bersangka baik dengan Allah sekali. Susah amat nak buat namun, itulah dia nilai syurga yg perlu dibayar. Huh.

ok, bukan nak cakap pasal sangka baik atau yg sama waktu dengannya. Saja nak share. Mukadimah la kira.

actually tak nak cerita banyak pun. Just nak refresh balik apa yg dah dapat sepanjang 3 tahun lebih join usrah ni. :)

Saya ni suka sangat memerhati. Haha..inilah hasilnya. Tadaaa..


Gambar Hiasan

ok, rasanya semua orang dah pernah nampak gambar ni kat merata tempat di sekitar London dan di kawasan yg sama waktu dengannya. Juga sentiasa di'announce' ketika mahu masuk ke dalam tren tersebut. ok, dah rindu time jaulah UK plak. control ros, control..:)

"Mind your gap!"

So, apa nya ros?

Takde apa pun, just wonder tetiba..manusia pun ada rules yang buatkan manusia sentiasa berwaspada ketika nak masuk tren. Kemudian ligat fikiranku menerewang ke daurah Sayonara Jahiliah untuk adik2 minggu lepas. Daurah yang pernah buat aku wonder, kenapa aku masih melekat, terlekat hebat dengan 'chewing gum' cap Jahiliah ni? Jawapannya ialah kerana aku tak pernah tahu pun/buat-buat tak tahu yang Allah dah sediakan satu jalan lurus yang tiada cabangnya untuk kita kembali kepadaNya iaitu ISLAM.

" Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turuti langkah-langkah syaitan.Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu." 2:208





Gambar Hiasan


Jaga setiap langkah supaya kita sentiasa memilih untuk berada selamat dalam lingkungan islam dan bukannya dalam dunia jahiliah.Dunia yang akan menjerumus kan kamu dan saya ke neraka Jahannam. Semua benda/perkara yg bercanggah dengan Islam ialah Jahiliah. Tiada zon campuran between this two. Mind your gap!

Next picture please..:)



Gambar Hiasan

baiklah, ini apa pulak ye ros?

haaa, inilah dia cara-cara nak pakai oxygen mask. Huh?

ok, apa yang korang boleh interprete daripada gambar di atas?

mungkin ketika ini berlaku kemalangan yg membuatkan sang ibu dengan segera memakai oxygen mask dan kemudian dengan pantas memakaikan pula oxygen mask yg lain untuk anaknya yg berada di sebelahnya. Lebih kurang begitulah kisah disebalik apa yang berlaku.

Bagiku, ianya satu analogi mantap utk memahamkan kita tentang peri pentingnya tarbiyah dzatiyah dalam kehidupan seorang muslim. Apatah lagi bagi mereka yg sedang join usrah. mestinya mengharapkan sentuhan murabbi setiap hujung minggu..Tapi, kalau di hari tanpa usrah siapa yg mahu mentarbiyah diri kita ni kalau bukan kita sendiri yang mahu hingat kan?!

Tapi sebelum itu apa ye Tarbiyah Dzatiyah atau TZ ni? TZ ni dalam bahasa senangnya ialah mentarbiyah diri sendiri tanpa mengaharap push drpd murabbi atau orang lain untuk menerima tarbiyah. Macam kita tengok dalam gambar ni, nak menolong orang lain , kita perlu menolong diri kita dahulu..cuba bayangkan kalau si mak tu sibuk nak pasang utk anak dia dulu..dah la takde kekuatan oksigen utk diri sendiri..agaknya mampu ke dia ek?

" Wahai orang yang beriman! Peliharalah DIRIMU dan keluargamu daripada api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar; dan keras yang tidak derhaka kepada Allah terhadap apa yg Dia perintahlan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan." 66:6

Manusia sendiri pun tahu yang perlunya urgency untuk selamatkan diri dahulu sebelum nak tolong orang lain. Padahal, rules tu dah berzaman ada dalam quran tu. Tinggal baca dan fahamkannya sahaja.

Benda paling mudah utk mantapkan TZ ialah dengan memelihara mutabaah amal kita dgn sebaik mungkin.

Nak tahu banyak lagi pasal TZ ni, pergi tanya murabbi anda ye. Para murabbi, sila jangan marah saya ye :)

"Dan setiap orang daripada mereka akan datang kepada Allah pada hari kiamat dengan seorang diri." 19:95

"Bacalah kitabmu, cukuplah dirimu sendiri pada waktu ini sebagai penghisab terhadapmu." 17:14

Sebelum ni pernah je dapat pengisian TZ ni kat usrah,daurah,RSSR dan paling latest dalam usrah kak farahin. namun, sngt terkesan bila mana kak farahin beriya2 mengingatkan kami bahwa pentingnya TZ ni. ya, faham sngt. Lebih faham ketika kak farahin pulang ke malaysia utk deliver baby lg beberapa minggu je lg ni. Semoga urusan kak farahin dipermudahkan Allah. Amin. 

alhamdulillah, lepas rindu dah nak menulis :)

Semoga bermanfaat buat semua insyaAllah!^^





Saturday, January 12, 2013

Wanita Solehah itu..


Wanita solehah itu 
Yang dilihat hanya pada malunya 
Yang tampak hanya cahayanya  

Wanita solehah itu 
Cantik dalam diamnya
Luar biasa dalam pengertiannya

Wanita solehah itu
Kata-katanya hikmah mutiara
Rindunya hanya kepada PenciptaNya 

Wanita solehah itu
Mahal harganya
Tidak terbeli dengan seisi dunia. 

Wanita solehah itu
Manusia biasa
Yang dicipta utk Adamnya.

Wanita solehah itu
Bijak menjaga cintanya
Bagi Adam yg selayaknya.

Wanita solehah itu
Seorang yang menyayangi keluarganya
Semahunya berkorban kerana Dia.

*hanya kata sebait cinta tatkala exam yg bakal menjelma..moga ada yg mendapat ibrahnya..mohon doanya.Peace! ^__^


Thursday, January 3, 2013

Salah Siapa?

Assalamualaikum wbt.. :)

Terasa lama jugak tak menulis..dah hampir nak bersawang dah blog ni..haha..over la ros ni..takpe2..better tulis daripada xde, ye dop?

Sedar x sedar, memang sedar la kan yg kita dah memasuki tahun 2013 Masihi..sedar x sedar jugak semakin hampir juga kita dgn kematian..happy mmg happy bila diri dah makin dewasa tp tula, bekalan amal dan iman xtau la dah sampai takat mana..astaghfirullah..

Lama plak mukadimahnya ros..=_=' nak ckp pasal apa sebenarnya kamu ni..??
Haha..xde la nak citer pasal pape pun..cuma nak share ape yg sy rasa pasal apa yg berlaku recently..Kisah wanita yg dirogol dan diperlakukan dgn tidak perikemanusiaan sekali di India..belum tamat lagi babak kesedihan yg melanda tup-tup ada kes kat malaysia tanah air tercinta , budak lelaki 13 tahun cuba nak merogol seorang wanita dalam toilet perempuan..

Kalau difikirkan mesti kita marah sngt dengan mereka2 ni tapi siapa kita nak judge..mungkin diorg x minta pun utk jadi org jahat or pape yg sewaktu dengannya..cuba utk berlapang dada walaupun perit..

Cer kita fikir kenapa jd cmni? Salah siapa sebnarnya? Ke mana jari telunjuk kita ni nak di arahkan? Ke mana?

Saya rasa better kita simpan je kot jari tu..tok sah susah2 nak tunjuk sngt la..kita bukan nak jadi hakim di sini..kita cari solusi dan resolusi..mari2..

Ibu bapa. Bagi seorang anak utk menjadi soleh dan baik, didikan dan kasih sayang parents sngt penting utk membentuk anak yg sebegitu. Ayat cam poyo dan skematik sekali nampaknya tapi itulah hakikat. Sbb itu penting sekali dalam bagaimana kita mula2 memilih bakal zauj/ah kita,bagaimana kita mendidik anak dalam kandungan, bagaimana kita menjaga dan menjadi contoh kepada mereka. Oh, mungkin benda ni rasa mcm xperlu tahu je skrg tp nak melahirkan seorang Fatih dan Salahuddin alAyubi mmg perlukan persediaan awal dan serius.yes,serius. :)

Kawan-kawan. Yes, kawan -kawan..remaja sekarang ni, termasuklah *ehem* sy sekali *ehem* sngt la berdarah manis..eh?ntahla, tak tahulah betul ke tak simpulan bahasa yg sy guna tu..yg sy nak sampaikan kat sini ialah, remaja zaman la ni mmg suka buat benda2 pelik dan suka mencuba.seriously,.nampak kawan merokok, dia nak try..try dah jadi ketagih..then, nampak kawan 'kapel islamik' dia pun nak try..dah sangkut cinta monyet..hmm..banyak lg contoh2 lain yg kita suka buat..tinggal terjun bangunan je belum..kalau x ade jugak kot yg buat..naudzubillah..

Jadi, apa fungsi kita di sini? Nak duk diam goyang kaki je ke..kalau la yg jd mangsa Ghazwul Fikr tu family or kawan2 kita takkan masa tu baru kita nak melangok? X guna dah aihh.. apa kita nak buat utk bantu mereka supaya kita boleh elak perkara2 x diingini drpd berlaku..

''Aku sendiri pun x betoi, nak peduli org lain pasai pa..?''

"Entahla weyh, aku rasa biar dulu kot..ok je kot tu, lgpun semua dah besar kot.dah boleh faham sepatutnya."

"Semua ni hak individu kot.negara dah lama merdeka.hak masing2 la, lgpun kubur x sama kot."

And the list goes on..blablabla..

Takpe, faham je bukan semua org mampu utk mendidik diri dan org lain tapi benda ni x mustahil kalau kita yakin kita boleh. Ya, kita mula daripada awal..mari-mari..kalau x mampu buat banyak, buat sikit..kita latih diri kita utk jadi lebih baik daripada semalam..that is the least thing that we can do..yep, jom bukak tafsir 13:11. Sy xnak tulis, anda bukak quran dan cari sendiri maksudnya..:)

Saya amat yakin, kalau kita mampu berubah lebih baik drpd semalam, insyaAllah, org di sekeliling pun akan turut sama nak berubah jadi baik..sifat baik itu fitrah..semua org akan nak jugak jd baik at the end..trust me and trust yourself! ^^

Jadi, resolusinya di sini ialah, mari jadi qudwah hasanah(teladan yg baik) pada org lain supaya aura kebaikan tu dapat membunuh aura2 yg x sihat di sekeliling. Siapa buat dia dapat. Selamat beramal! :)


Oh ye, lately dapat banyak invitation walimah dan pertunangan..terasa sangat bangga punya sahabat2 dan saudara mara yg bakal melangkah satu lg anak tangga..ucapan buat kalian ialah mintak maaf sbb xdpt hadirkan diri..semoga dengan melangkah satu lagi anak tangga ni, mendapat redha drpd Allah SWT. Semoga kalian beroleh anak2 yg comel, soleh dan solehah. Amin.. :)






Monday, November 12, 2012

heart to heart :)

Salam wrt :)

Alhamdulillah, masih diberi kekuatan utk hidup..

Lately, banyak sangat berfikir..berfikir dan terus berfikir..kadang2 bukan x bagus berfikir ni, bagus sebenarnya..but, when it becomes overload , later on it will make you feel so stressful!

Jadinya, banyakkan istighfar wahai diri, jangan stress, insyaAllah Allah ada utk tolong! Husnu-dzon ya mbak!^^

baru shj habis baca kiriman emel seorang senior..seorang yg aku anggap sbg seorang kakak yg multi tasking, yg bakal aku ziarahi tak lama lg..semoga dipermudahkan urusan kami dunia akhirat..amin.

ahad lepas, selesai sudah satu program AZAM Russia di embassy malaysia di moscow..alhamdulillah, pengisian yg mantap drpd muwajih yg mantap jugak alhamdulillah..program yg diadakan khas buat pelajar muslim tahun pertama, namun selayaknya utk semua lapisan year jugak..ilmu Allah ni klu kita limitkan had penerimaan nye, x ke mana pun sudahnya..even dah 4th year x salah pun nak join sekali :)

lebih yakin selepas ni tentang hukum khuf, solat jamak&qasar, makanan,arah kiblat n macam2 lg.. :)

tahun ni, Bicara Bumi Cinta ada sedikit kelainan, ade satu slot khas, iaitu slot "Aduh, jiwa kacau.!"
Slot yg menarik jugak bagi sy, dan semestinya rakan2 yg lain..dikupas dengan eloknya tentang sifat cool-nya lelaki tu dan sifat cute-nya perempuan itu.., ikhtilat sebenar lelaki dan perempuan, hubungan yg halal, indahnya cinta Rasulullah dan Aishah. hmmm , sweetnya.. :)

teringat, ade ketika tu, muwajih tanya audience, ape kriteria yg awk nak utk bakal org rumah awk nnt?
haha, tergelak, rata-ratanya, semua nak yg pandai masak..insyaAllah, semoga dapat yg lebih daripada tu ,amin :)

alhamdulillah, sy masih dalam pemeliharaan Allah, jauh daripada hubungan cinta x kesampaian..sy serahkan semuanya pada Allah, pernah tersungkur dahulu namun itulah yg mematangkan diri dan meyakinkan bahawa Allah Maha Mengetahui apa yg terbaik utk hambaNya, insyaAllah :)

He create us, He's the only one who knows the bad and the good for us.. Let Allah do His work and we as a servant, put our best effort to be the best 'abid for Him.

Yup, i know, it's hard to resist when love comes and embrace your soul..i admit , it's hard..
But, be strong dear as time will come perfectly, exactly, when you are totally ready for it! Have faith, and stay smile ^___^

kalau mahu yg terbaik, kita dulu kena jadi yang terbaik  :)
jangan hanya sekadar berdoa, tapi xde perubahan..pointless!

rasa poyo ke berbicara tentang ni?geli-geleman menguasai diri? nope for me, in fact, it's a part of our life..kena banyak ilmu pasal semua benda, bukan bila dah nak mendirikan baitul muslim baru nak start fikir everything..even ayah Imam Hassan al-Banna pun dah ready berpuluh2 tahun sebelum pakcik IHAB dilahirkan..same goes to mak kepada Sultan Muhammad Al-Fateh..setiap hari dibawa kandungannya melihat kota Constantinopel dengan harapan anak yg dikandungnya itulah yg bakal membebaskan kota tersebut, dan akhirnya, anak dalam kandungan itulah yg menakluk semula kota tersebut! ohoii! penting x penting la kan sedia awal2 ni.:)


p/s : sy juga ada kisah sy sendiri, may Allah ease everything..amin :)







Tuesday, November 6, 2012

khas untuk akhawat fillah :)

salam wrt :)

alhamdulillah tsumma alhamdulillah !

nak share bait2 cinta dengan para akhawat fillah (ni semua gara2 river flows in you,kiss the rain, may be,if i could see you again and etc karya Yiruma..adeh, mmg mencurah2 rasa rindu dan syg pada mereka yg bergelar akhawat.) dah start rindu semua akhawat yg ade..baik pada mereka yg sudah tiada lg dan di malaysia,moscow,nizhny,kursk,volgo,st.petersburg,france,beijing,india,mesir,jordan,czech,poland,korea and ramaaaaaaaaai lagi seluruh dunia..jazakumullahu khairan kathiran buat antunna semua..dulu rasa akhawat ni freak, but semakin kenal, semakin syg la pulak..ohoiii.!
barakallahu fikum! nah, ni puisi x berlagu sy khas utk antunna!
baca dgn penuh syahdu ye *sambil lari2 anak tutup muka..maluuuu*

Bila kau tanya cinta itu apa,
Akan aku halakan jariku pada mereka,
Mereka yg x pernah duka dengan senyuman
Mereka yg x pernah suka pada kesedihan.

Aku memandang mereka,
Ya,mereka..
Sekelompok manusia yg penuh dengan rasa cinta,
Cinta yg didasari dengan cinta Allah sepenuh-penuhnya.

Ya, mereka..
Mereka yg sentiasa tersenyum,
Ada ketika dukaku melanda
Ada ketika aku tiada sesiapa.

Cantiknya mereka kerana kasih sayangnya,
Petahnya mereka kerana fitrahnya,
Manisnya mereka kerana itulah mereka..

Mereka yg sebelum ini asing,
Kini sangat dekat terasa,
Erat dalam rabithahnya,
Kasih dalam dakwahnya,
Tak pernah letih dalam geraknya..

itulah mereka yg penuh dengan rasa cinta.

uhibbukum fillah !

^____^

*layankan saja syair x berlagu sy ni..sy buat suka suki je..habes langgar segala grammar yg ade(eh?)..aseef pak A.Samad Said...peace! assalamualaikum :)

Monday, October 29, 2012

kerana tarbiyah itu mahal harganya :')

salam wrt :)

Lama sudah tak menulis..kali ni betul-betul nak menulis..heee..

sabtu lepas, bersamaan 11 Zulhijjah 1433, Allah telah uji sy dengan sesuatu yg bg anda mungkinlah tidak terlalu berat..tapi bagi sy..sejuta satu makna yg tak ternilai harganya..(ecehhh, bunyi nak gempak je kan ros!)

Masa tgh tunggu bas bersama mutarabbi yg comel2 utk ke usrah di yugo hari tu, sy pun dengan confidentnye bukak casing handset, di mana di situlah tempat sy letak METRO PASS sy.. Alangkah terkejut tahap x ingat, kelibatnya tiada di situ..ke mana kah dia menghilang?

Aduhai, time tu mmg rasa mcm jantung nak tercabut pun ade..ape tak nya, penting kot metro pass tu..ibarat nadi mobiliti kami student moscow kat sini..klu xde metro pass tu, alamatnye kena spent lebih sikit la utk bayar harga tiket setiap kali masuk metro/bus.nak register kad baru bukannya senang..kena isi borang yg strictly x boleh isi salah langsung,kena pegi ambik cop n sign dean(klu dean ade alhamdulillah, klu x kena tunggu lg), pastu kena tunggu another 2-3 weeks for the new card to be ready...masa tu terlupa nak say innalillahi wainna ilaihi raji'un..tp cepat2 tersedar..ok, Allah nak berbicara dgn sy ni..chill ros, chill..sebelum ni pernah hilang sekali dah..baru je sem lepas..so, dah rasa keperitan without my metro pass tu..huuuu.

Then, sy dengan sepantas kilat cari balik kot kot terjatuh along the way nak ke bus stop td..malangnye mmg xde langsung..Ahah, sy rasa mesti kat bilik shbt sy kot, sbb seharian sy kat bilik diorg..lantas, phone digapai dan di telefon mereka yg berkenaan..tapi, malang juga bila "..akak, kitorg dah cari satu bilik..xde jugak..sorry kak.." masa tu sy dah redha je..dah la sy tinggalkan mutarabbi2 comel kat bawah dek kerana nak cari metro pass tu..dengan hati yg penuh pasrah, ditinggalkan sebentar niat utk mencari metro pass tu..bergerak bersama ke arah Yugo Zapadnaya utk berusrah di apartment salah seorang mutarabbi sy..

Dengan hati yg payah sy lupakan sebentar perihal kad tu, sy cuba fokus pada wajah2 mereka yg mendambakan sesuatu pada hari itu..sy gagahkan jugak utk teruskan usrah pada hari itu.. sy serahkan semua padaNya, mengharapkan ada hikmah di sebalik ape yg berlaku..alhamdulillah, usrah berjalan lancar dan sy sangat happy sbb Allah permudahkan semua urusan kami ketika itu..dapat mkn cheese cake sedap lg..^^

Pulang ke hostel dengan hati yang sangat berbunga2..mcm dapat satu energy baru drpd mereka..sy jd x kesah pasal kad yg hilang tu..balik2, sy terus ke bilik sahabat fillah sy..saja je x nak balik bilik..then, kami pun solat jemaah maghrib..dalam doa, sy titipkan :


" Allah, sungguh aku redha dengan apa yg berlaku, aku faham apa yg mahu Kau sampaikan padaku..Kau mahu aku terus ingat padaMu,.mesti ada hikmah di sebalik apa yg berlaku..namun Ya Allah, jika Kau benarkan, tolong kembalikan semula ia padaku..permudahkanlah urusan dunia akhirat ku..amin."
Masa tu, dah ready dah utk isnin ni amek borang baru dan mula balik rutin turun naik dekanat n metro station..lepas solat, terus kemas2 barang nak naik atas (bilik sy, Nur Kasih)..tup2, dengan satu alihan pandangan, mata sy terus tertumpu pada kelibat metro pass dalam paper bag..then, dgn tahap curiousity yg tinggi, sy pun ambik dan dengan perasaan yg Allah je tahu, dan terkeluarlah "...alhamdulillah,ni kad sy :').."

Saya dengan happy terus peluk sahabat sy, semua happy dengan apa yg berlaku..dengan senyuman sampai ke telinga digenggam kad tu erat-erat sampai balik ke bilik..

Tarbiyah Allah, Allah Maha Kuasa..kun fayakun..Allah hilangkan sekejap nikmat yg Dia beri untuk lihat bagaimana kita berhadapan dengan ujian yg kita dapat..mungkinlah kita akan merungut atas apa yg berlaku, atau terima ia sebagai satu tarbiyah yg sangat mahal drpd Allah..Allah mahu berbicara dengan hambaNya..Dia mahu kita pandang Dia, merintih dan merayu..hanya pada Dia..

Hargai setiap apa yg berlaku pada kita, sebab bertitik mula dari situ la kita dewasa dan matang dalam jalan kehidupan..hidup tak akan selamanya senang kawan2,.mungkin ujian kali ini tidaklah terlalu besar lg, namun, itu la yg akan menjadi asas kepada sesuatu yg lebih besar lg insyaAllah..

Allah yg beri ujian, kepada Allah jualah kita minta kekuatan utk menghadapi ujian tu..semoga terus tsabat insyaAllah..jzkk :)


i love You, not only because of You are my Creator,
but it is because You are so loveable to be love!

" Allah tidak akan membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. Dia mendapat pahala (dari kebaikan) yg diusahakan dan dia mendapat seksa (dari kejahatan) yg dikerjakannya. (Mereka berdoa) :"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami salah. Ya Tuhan kami , janganlah Engkau bebankan kepada  kami bebanan yg berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang2 yg sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kami apa yg tidak sanggup kami menaggungnnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yg kafir." 2:286

p/s : i love YOU